Halaman

Ahad, 3 November 2013

Tunas Muda seleweng punca saya jadi pelarian - Rasyidah

SITI Rasyidah Ramli
HAKIM Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Abang Iskandar Abang Hashim pagi ini menolak permohonan saman oleh seorang penduduk asal Kampung Tersusun Sungai Ara dekat Bayan Lepas ke atas defenden, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (KTMSAB).

Plaintif, Siti Rasyidah Ramli, 55, berkata, ketetapan tersebut adalah jelas bertentangan dengan Surat Kebenaran Pendaftar Koperasi - JPKLP15 & JPKLP19 bagi mendapatkan pindak milik atas Surat Perintah P17397 di mana geran-geran tanah dipindah milik kepada koperasi.

Ahad, 31 Mac 2013

Umno seleweng tanah wakaf terima amarah penduduk Kedah

Umno Kedah sanggup membina bilik gerakan pilihan raya di atas sebidang tanah wakaf dekat Hutan Kampung, Alor Setar hatta mengundang amarah penduduk setempat.

Setiausaha Kariah Hutan Kampung, Mat Ali Mat Noor, 70, berkata tanah wakaf untuk kepentingan umat, bukan politik kepartian Umno Barisan Nasional.

"Pihak kami bantah tingkat itu kerana merasakan ia perbuatan yang salah dari segi hukum agama, disebabkan ada kubur lama di bawah binaan bangunan terbabit.

"Bangunan berkaitan dibina atas tanah wakaf itu, termasuklah sebuah tadika, dan dan rumah penduduk, malah, tambahan binaan turut dijalankan 10 tahun sebelum ini hingga keadaan ini menimbulkan rasa terkilan kami," ujar beliau.

Berapa Umno 'bayar' C.N. Afghani untuk cabar Mahfuz?

Umno Kedah bukan sahaja didakwa membeli "C.N. Afghani" atau nama sebenarnya Zainon Ismail, malah dikatakan berjaya memujuk bekas Exco Pemuda Pas Kedah itu membantu mereka pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 sekarang.

Zainon yang turut dipanggil "Cikgu Non" mencabar Naib Presiden Pas merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berdebat mengenai kontroversi Bongkar RM403 juta membabitkan Kerajaan Negeri era Barisan Nasional dulu.

Berapakah harga jiwa CN Afghani sampai didakwa mudah dibeli dek Umno Kedah?

Bakal Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz serta ayahnya, Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas perdana menteri) mungkin lebih mengetahui nilai harga jiwa bekas aktivis Pas itu.

Guan Eng cabar Chang Yeow di Padang Kota, larang tanding Parlimen dipersoal

Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow dicabar balas untuk bertanding di DUN Padang Kota sahaja sekiranya mahu Lim Guan Eng tidak lagi bertanding di DUN yang sama, iaitu Air Putih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pun begitu, satu lagi syarat yang dikemukakan oleh Chang Yeow, iaitu melarang Guan Eng bertanding di mana-mana kerusi Parlimen, termasuk Bagan yang disandang sekarang dipersoal.

"Adakah syarat usrah ditetapkan oleh Chang Yeow perangkap menghalang saya memainkan peranan di peringkat nasional.

"Apa pun motifnya, saya setuju untuk bertanding, Julas beliau menyahut cabaran saya bertanding di kerusi DUN Padang Kota,"  ujar Guan Eng di George Town hari ini.

Beliau berkata beliau akan mengusulkan nekad itu jika Kon Yeow setuju.

Malah, katanya, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang juga Adun Padang Kota turut bersetuju untuk saling bertukar kerusi DUN bagi memberi laluan pada pertandingan peringkat tertinggi negeri membabitkan BN dan Pakatan Rakyat.

Guan Eng berkata Padang Kota akan memberi kelebihan kepada Chang Yeow memandangkan pemimpin Gerakan itu pernah menyandang kerusi DUN itu Selama tiga penggal berturut-turut sebelum tewas dengan Kon Yeow pada pilihan raya umum lepas.

"Saya rasa biarlah Chang Yeow 'bangkit dari tempat dia jatuh' sebelum ini," ujar Guan Eng.

Disqus for PenangInsight Blog